Friday, June 25, 2010

Kejayaan berkat doa ibu bapa


EMPAT tahun lalu, Farina Hussin hanyalah gadis biasa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat pembinaan di ibu kota

Rutin hidupnya ketika itu sama saja setiap hari, iaitu keluar rumah seawal jam 6.30 pagi untuk memastikan dia tidak ketinggalan bas dan pulang menjelang senja.

Setiap bulan pula, dia perlu berjimat-cermat dengan gaji bulanan kerana kos sara hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur sememangnya tinggi dan sebagai anak sulung, Farina harus membantu keluarga.

Namun, semua itu berubah sekelip mata selepas wanita berusia 29 tahun itu bertemu Fiona Tahir, individu yang bertanggungjawab membimbingnya hingga mencapai tahap hari ini iaitu sebagai pengurus agensi sebuah syarikat pelaburan unit amanah terkenal.

Berkat kecekalan dan ketabahannya selama hampir empat tahun mengharungi liku dunia pelaburan saham amanah, Farina kini boleh berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya menerusi kerjaya sebagai perunding amanah.

Menurut Farina, dia bersyukur kerana mampu mengecapi hampir keseluruhan impiannya selepas hampir empat tahun menceburi bidang pelaburan berkenaan.

Dia bermula tanpa sebarang pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran tetapi ia bukan halangan untuk berjaya kerana diberi bimbingan 100 peratus oleh mentornya.

Pada Farina, apa yang penting adalah keazaman dan impian yang tinggi untuk mengubah taraf hidup dan sifat yang harus ada pada seorang perunding ialah fokus, berfikiran positif dan mudah menerima tunjuk ajar.


"Sebelum memiliki kenderaan sendiri, pengangkutan awam teman setia saya untuk bergerak ke sana ke mari bertemu pelanggan.

"Biarpun terpaksa berhujan dan berpanas, saya tetap cekalkan hati semata-mata untuk mencapai impian hidup kerana untuk mengubah sesuatu, saya yang perlu berubah terlebih dulu.

"Pelanggan di bawah seliaan saya terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya iaitu daripada kerani, eksekutif hingga orang kenamaan.

"Kini jumlah pelabur di bawah seliaan saya sudah melebihi 200 pelanggan termasuk syarikat swasta dan individu," katanya yang mengakui tiga bulan pertama adalah tempoh paling penting.

Ini kerana ia harus digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum berpeluang untuk ditawarkan kenaikan pangkat.

Biarpun umurnya baru mencecah 29 tahun, Farina sudah memiliki dua kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit serta kondominium.

Wanita yang petah berbicara ini mengakui keadaan ekonomi yang sering berubah dari semasa ke semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat menuntut masyarakat mengubah gaya hidup masing-masing.

Lebih memburukkan keadaan, harga barang keperluan dan kehendak juga semakin meningkat dan ia bagaikan memberi petanda kepada masyarakat supaya lebih bijak menjana pendapatan mereka tanpa hanya berharap kepada gaji bulanan semata-mata.

"Jika 10 tahun dulu, RM100 cukup untuk perbelanjaan seisi rumah untuk seminggu tetapi kini ia meningkat sekali ganda. Untuk itu, kita perlu bijak menggandakan simpanan dengan pelbagai cara seperti menyertai pelaburan unit amanah.

"Pelaburan unit amanah masih baru lagi kepada masyarakat Malaysia berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat di sana," katanya.

Sebagai pengurus agensi, Farina berkata, menjadi kebanggaan apabila dapat membantu pelabur dalam mencapai sasaran pulangan pelaburan mereka.

Berbeza dengan pelaburan lain, unit amanah menjanjikan pulangan lebih tinggi dengan risiko yang terkawal, berbanding pasaran saham yang mempunyai risiko tinggi.

Dia berkata, kelebihan saham amanah ialah ia diiktiraf kerajaan dan pelabur boleh melabur menggunakan wang simpanan sendiri ataupun wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

"Pelaburan unit amanah membabitkan jangka masa sederhana panjang dan risiko yang perlu diambil kira hanyalah 'masa', bermakna ia tidak sesuai untuk penyimpan yang ingin menyimpan untuk jangka masa pendek.

"Sebaik-baiknya, pelabur perlu menunggu minimum tiga tahun untuk memastikan pelaburan mereka matang dan memberi pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun, melebihi daripada simpanan lain terutama akaun simpanan tetap dan KWSP.

"Kelebihan pelabur saham amanah ini adalah semua pelaburan diuruskan pengurus dana yang berpengalaman dan bertauliah, juga pemilihan kaunter terdiri daripada saham utama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak dinafikan penawaran bidang pelaburan memberi saingan sengit dan untuk mengatasi masalah itu, Farina berkata, keyakinan perlu ada ketika memberi penerangan mengenai kelebihan melabur di dalam saham amanah dan semua itu diperoleh daripada seminar serta latihan yang diberikan syarikat dan agensi.

Katanya, setiap pelaburan datang dengan risiko tersendiri dan oleh itu, penting bagi setiap pelabur untuk mendapatkan penjelasan dan menerima penerangan terperinci daripada perunding saham amanah.

Selain itu, Farina berkata, bidang pelaburan juga sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang sudah berkahwin atau bujang kerana perunding dapat menentukan jumlah pendapatan bulanan yang mereka inginkan serta bonus tahunan menarik.

Katanya, bagi wanita berkahwin tetapi masih mahu memiliki kerjaya, bidang pelaburan saham amanah sesuai diceburi kerana jadual kerjanya yang fleksibel dan mempunyai ruang secukupnya untuk keluarga.

Sementara itu, Farina mengakui kejayaannya hari ini berkat sokongan padu keluarga terutama doa daripada kedua-dua ibu bapanya.

"Keluarga adalah tonggak kekuatan selama ini kerana mereka sentiasa menyokong apa saja yang saya lakukan dan menaruh kepercayaan sepenuhnya.

"Sokongan yang mereka berikan dan motivasi daripada mentor saya, Fiona membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus maju dan memberikan yang terbaik untuk diri sendiri serta keluarga," katanya mengakhiri perbualan.

PROFIL
NAMA: Farina Hussin
UMUR: 29 tahun
ASAL: Tanjung Malim, Perak
PENDIDIKAN:
Diploma Teknologi Maklumat dan Perniagaan (Kolej Cosmopoint), Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional Setapak

Wednesday, July 18, 2007

Azizah pernah cuci rambut kawan untuk cari duit poket


Mukadimah

SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.
Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.
Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang.


Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.
Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.
Keluarga: Apakah sebenarnya unit amanah?
Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut
Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?
Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.


Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik
UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.
Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?
Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.
Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.
Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?
Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).
Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.


Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).
Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?
Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.
Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.
Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.
Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.
Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.


Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.
Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.
Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?
Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.
Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.
Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?
Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.
Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Thursday, July 12, 2007

Gadis pendiam, perunding cemerlang


Berikutnya ialah petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Julai 2007. Bacalah kisah seorang perunding yang asalnya seorang yang pendiam, bertukar menjadi begitu cemerlang.

DALAM rekod penilaian bekas majikannya pernah menilai dia sebagai seorang pekerja yang baik dan cekap, tetapi lokek senyum dan berat mulut untuk bercakap.Namun, siapa sangka wanita yang dulunya cukup pendiam dan lebih suka menyendiri, kini berubah serta boleh meraih pendapatan hingga puluhan ribu melalui kerjaya yang memerlukan dia banyak bercakap dan bertemu orang.

Saidatul Norhiyah Abdol, 33, sendiri sukar mempercayai dirinya mampu mencapai sehingga ke tahap sekarang. Apatah lagi apabila mengenang baru empat atau tiga tahun lepas dia sekadar seorang kerani biasa yang gaji setiap hujung bulan cukup-cukup untuk belanja sendiri dan sedikit dititip ke kampung.“Bukan tidak bersyukur, tapi selepas sembilan tahun makan gaji saya tidak nampak apa-apa yang berubah dalam hidup saya.“Bahkan, impian untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa di kampung yang tertanam sejak sekolah lagi semakin kabur.
“Setiap kali balik kampung saya lihat garisan kedut pada wajah orang tua saya bertambah. Melihat itu saja saya jadi panik, takut tak sempat menunaikan hajat untuk sekurang-kurangnya menghantar mereka ke Mekah,” kata wanita berasal dari Behrang, Perak ini.Sementelah sudah membuka kisah silam, Saidatul tidak malu mengaku dia lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang susah.Bapanya hanya berkerja kampung yang pendapatan tidak sampai pun RM300 sebulan bagi menanggung sembilan anak.“Bayangkan seterika pun kami tak mampu beli sedangkan waktu itu (sekitar tahun 1980-an) orang lain sudah ada macam-macam alat elektrik.“Setiap malam kami adik beradik akan letak baju bawah tilam supaya baju nampak licin bila ke sekolah,” katanya sayu.Sebagai anak kedua, Saidatul sanggup melupakan impian menjejak kaki ke universiti bagi memberi peluang saudara sulongnya meneruskan pengajian.Sebaliknya, dia memberanikan diri memperjudi nasib di kota bagi mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan.

Sekadar berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, dia hanya mampu meraih jawatan kerani di sebuah syarikat insurans dengan gaji yang sebahagiannya dihantar ke kampung.“Bagaimanapun, bekerja tidak menumpulkan minat saya untuk belajar. Secara sambilan, saya masuk kelas dan mengambil macam-macam jenis peperiksaan berkaitan bidang insurans dan kewangan.“Saya fikir dengan cara itu saja saya dapat sekurang-kurangnya menambah angka pada slip gaji,” katanya.Sembilan tahun berusaha, empat kali bertukar majikan, namun perubahan yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.Saban hari jiwanya meronta untuk berbuat sesuatu yang dapat mengubah kehidupannya sekali gus nasib ibu bapa di kampung.

Bagaikan diatur-atur, Saidatul berkenalan dengan Azizah Saad, salah seorang perunding unit amanah paling berjaya dan telah sampai ke tahap Pengurus Agensi Kumpulan di Public Mutual, yang kemudian mengajaknya untuk sama-sama menerokai bidang tersebut.“Mulanya saya buat secara sambilan, tapi kemudian saya fikir setakat sebelah kaki tidak akan bawa saya ke mana. Saya nekad berhenti kerja untuk menyertai unit amanah secara serius,” katanya.Kebetulan waktu itu, perkahwinan yang dibina seawal usianya 22 tahun menemui titik noktah dengan dikurnia seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.Kegagalan rumah tangga juga ibarat wake up call yang mengembalikan ingatannya pada janji yang pernah dibuat sewaktu mula berkerja dulu.“Saya pernah bertekad pada diri sendiri untuk menyenangkan orang tua saya. Tetapi jodoh sampai lebih awal membuatkan sedikit sebanyak fokus saya beralih arah.“Mungkin ini hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kalau pun tidak kerana janji itu, saya ada anak yang perlu diambil kira. Semua itu menjadi penyuntik semangat untuk saya bangun dan berusaha demi kelangsungan hidup kami dua beranak,” katanya.Begitu pun, kerjaya baru yang dipilih tidak semudah diduga, malah enam bulan pertama bersama unit amanah tempoh yang cukup mencabar bagi Saidatul. Bermula dengan kosong, dia banyak bergantung pada ‘mentornya’ dengan mengikut apa saja yang mereka buat.“Ibaratnya macam anak ayam mengikut ke mana saja ibunya bawa.Tapi saya tak kisah sebab masa itu memang masih mentah dan banyak perkara yang perlu dipelajari,” katanya.Biarpun dalam keadaan masih ‘bertatih’, selepas enam bulan pertama itu, Saidatul mampu membuat jualan sebanyak RM850,000 dengan pendapatan purata hampir mencecah lima angka sebulan.Lebih bermakna genap setahun bergelar perunding unit amanah, dia berjaya memenuhi impian menghantar orang tuanya ke Mekah menunaikan rukun Islam kelima.“Sebagai anak, saya rasa itulah detik paling bermakna dan saya bersyukur kerana dapat menghantar mereka ke Tanah Suci dalam keadaan mereka masih sihat dan kuat,” katanya.

Mencecah jutaan
Kini, biarpun baru dua tahun menjadi perunding unit amanah sepenuh masa, jualannya sudah mencecah jutaan ringgit dan beberapa kali memenangi cabaran yang diberikan oleh syarikat.Bagi Saidatul segala-galanya berkat kesungguhan mengikut latihan serta tunjuk ajar daripada para senior yang tidak jemu-jemu membimbingnya.Justeru, perkara yang sama dilakukan terhadap ejen-ejen baru yang dibimbingnya sekarang agar mereka dapat mengecapi kejayaan sebagaimana yang beliau nikmati.“Kerjaya ini amat bergantung dengan kerja berpasukan, selain kesediaan untuk belajar dan terus belajar,” katanya yang tampil elegan dengan jaket pendek dan seluar panjang.Dia yang kini mencapai tahap pengurus agensi telah merekrut lebih 20 ejen yang masing-masing sedang aktif mengorak langkah.Berkongsi petua kejayaan, kata Saidatul, selain mahir dengan ‘produk’ yang mahu dijual, semangat dan tekad perlu kuat serta tahan menghadapi kegagalan.Katanya, tidak semua pelanggan yang ditemui akan menerima produk yang dicadangkan, malah daripada 10 mungkin hanya dua atau tiga yang menerima.“Waktu itu kita perlu bersedia menerima penolakan, jangan cepat mengaku kalah. Saya sendiri, sudah tidak terbilang berapa kali menangis dalam kereta lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang ‘lepas cakap’.“Tetapi saya akan pastikan rasa kecewa atau sedih itu habis di dalam kereta dan tidak terbawa-bawa hingga menjejaskan kerja seterusnya.“Apa yang selalu saya ingat, niat saya memberi produk yang terbaik, kalau pelanggan tak mahu itu hak mereka,” katanya yang turut mencabar golongan muda lebih-lebih yang menganggur untuk menyertai bidang tersebut sebagai permulaan mengubah hidup kepada yang lebih baik.

Apakah sebenarnya unit amanah?
* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Saturday, January 27, 2007

Quote of the day


“I didn’t get to where I am by thinking about it or dreaming about it. I got there by doing it.”

– Estee Lauder, entrepreneur

Friday, January 19, 2007

Be a Unit Trust Consultant

WHY WOULD I WANT TO BE A UNIT TRUST CONSULTANT?












Because you would be entering a green field industry in Malaysia with awesome upside potential As at end March 2004, India’s equity penetration rate (which can be defined as the combined value of all assets managed by a country’s unit trust industry DIVIDED by its total equity market capitalization) was 12% (sources: Association of Mutual Funds in India, and the Bombay Stock Exchange). The UK’s was 34% (sources: London Stock Exchange, and Investment Management Association, UK).








Ours? A meager 10.84% (As at end March 2004. Source: Securities Commission). Couple that with Malaysians having RM6 in fixed deposits for every RM1 we have in private unit trust funds. Translations: There’s room to grow:

OK, BUT WHY WOULD I WANT TO JOIN PUBLIC MUTUAL?



Because we’re the biggest and best!
We’ve raked up more than two decades of fund management experience in the challenging Malaysian environment. Along the way, we’ve won a string of fund management awards; from just 1999 through to 2004, we brought back 27 of those - including 10 in year 2004.


SO, WHAT’S IN IT FOR ME?

A lot! Your success as a Public Mutual unit trust consultant depends upon your desire to excel. The highest annual remuneration ever achieved by our unit trust consultants was RM 1, 542, 441!
The highest passive annual income (residually earned from prior sales while that active agent was busy elsewhere selling to new Public Mutual account holders!) paid out to a Public Mutual unit trust consultant was RM 67, 803.
Other neat perks include free holidays, peer recognition, free insurance coverage, and many more.


HOW CAN YOU HELP ME MAKE IT BIG?

We’ll support you with a suite of financial planning and sales tools, best-in-class training, and the greatest range of Malaysian unit trust investment products available under a single roof.

HOW DO I START?
If you are at least 21 years of age, possess a degree or at least SPM qualification and have strong business contacts, you have already met the basic requirements.
For more details, please contact me by phone 016-4320133 or email at zaiharm@lycos.com


thanks

Friday, January 12, 2007

Quote of the day

“If someday they say of me that in my work I have contributed something to the welfare and happiness of my fellow man, I shall be satisfied.

– George Westinghouse, inventor, manufacturer